Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penonton final Piala Malaysia dinasihat tidak bawa bahan terlarang
  • SUKAN

Penonton final Piala Malaysia dinasihat tidak bawa bahan terlarang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
STADIUM Nasional Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok dinasihatkan tidak membawa masuk barangan terlarang.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata ia termasuk mercun, topi keledar, laser, sebarang objek tajam, payung, tongkat dan botol air.

Beliau berkata polis akan melakukan pemeriksaan badan dan beg penonton, sebelum dan selepas pintu masuk stadium.

“Bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang perlawanan, polis menasihati orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam dan elakkan melalui jalan-jalan di sekitar stadium jika tidak bertujuan menonton perlawanan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga diingatkan supaya mematuhi segala arahan diberikan pegawai polis bertugas.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan atau individu yang cuba mencetuskan kekacauan serta provokasi melampau semasa perlawanan mahupun selepas tamat perlawanan.

“Mereka yang didapati melakukan perbuatan berkenaan boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) atau Seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar),” katanya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool hanya perlu seri untuk muncul juara Ahad ini 
Next: Khai Xin layak awal ke Sukan SEA, Kejohanan Akuatik Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.