Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penjaga gol Jerman Neuer terkenang ‘walkman’, sukar fahami slanga moden
  • SUKAN

Penjaga gol Jerman Neuer terkenang ‘walkman’, sukar fahami slanga moden

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENJAGA gol Jerman Manuel Neuer ketika sesi latihan pasukan Jerman di Stadium Bola Sepak W. Dennie Spry sehari sebelum perlawanan Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2026 antara Jerman dan Curaçao di Stadium Houston pada 13 Jun 2026 di Winston-Salem, North Carolina. Foto AFP

HOUSTON: Penjaga gol Jerman Manuel Neuer, menyedari dirinya telah berusia selepas pemain berumur 40 tahun itu mengakui dahulu beliau memiliki pemain kaset mudah alih atau ‘walkman’ dan rakan sepasukannya yang lebih muda bercakap dalam slanga berbeza.

Pemenang Piala Dunia 2014 itu keluar daripada persaraan antarabangsa untuk edisi tahun ini dan merupakan antara pemain tertua di Amerika Utara.

Kegilaan pada era 1980-an untuk memutarkan kaset dalam pemain mudah alih telah lama diganti dengan cara digital namun Neuer memberitahu menerusi video Persekutuan Bola Sepak Jerman, bahawa beliau pernah memiliki alat itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Saya perlu berterus terang dan katanya bahawa saya pernah memiliki ‘walkman’. ‘Discman’ (pemain cakera padat (CD)) ketika itu mahal,” kata Neuer kepada rakan penjaga gol Oliver Baumann, yang berkata beliau mempunyai pemain CD mudah alih itu.

Baumann, 36, akan digantikan oleh Neuer sebagai penjaga gol Jerman di Piala Dunia, walaupun telah memainkan peranan penting dalam kempen kelayakan mereka.

Namun kedua-dua mereka bergaul mesra dan membincangkan bagaimana pemain muda seperti Jamal Musiala dan Florian Wirtz bercakap bahasa Jerman yang kadangkala tidak mereka fahami.

“Saya fikir jika kita semua bergerak ke arah yang sama, tidak mengapa untuk kita jika bahasanya mungkin sedikit berbeza,” kata Neuer.

Satu perkembangan moden dalam kehidupan kapten Bayern Munich itu ialah pemakanannya.

“Saya makan makanan tanpa gluten dan juga bebas laktosa. Saya tidak mempunyai alahan atau intoleransi atau apa-apa. Saya hanya tahu bahawa saya kembali cergas lebih cepat dan kemudian boleh memulakan sesi latihan seterusnya dengan cara yang positif. Saya mempunyai pengalaman yang sangat baik dengan diet itu sejak 2017,” katanya.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Zaidatul husniah tarik diri sertai terbuka Malaysia kerana hamil
Next: Pemain Portugal pakai gelang tangan ingati Jota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.