‘Penipu kad ATM’ dicekup

Facebook
WhatsApp
HASIL RAMPASAN… Barangan yang dirampas dalam operasi di kawasan Jalan Alpinia ee Foh 3 Taman MDl, Miri kelmarin.

MIRI: Polis kelmarin berjaya menahan tiga lelaki yang disyaki menjalankan aktiviti merekrut kad ATM bagi tujuan melakukan penipuan.

Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyatan malam kelmarin memberitahu, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Miri dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dalam sebuah operasi di kawasan Jalan Alpinia Jee Foh 3 Taman MDl sekitar 6.15 petang kelmarin.

“Hasil tangkapan, polis turut merampas pelbagai kad ATM,  telefon bimbit,  beg sandang serta wang tunai bernilai RM28, 677.00,” katanya.

Ketiga-tiga suspek kini direman selama tiga hari bagi siasatan lanjut.