Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Peniaga simpan video pornografi kanak-kanak ditahan
  • JENAYAH

Peniaga simpan video pornografi kanak-kanak ditahan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang peniaga makanan kerana disyaki memiliki bahan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam satu operasi bersama pihak berkuasa luar negara di Kuching, Sarawak semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, hasil penahanan lelaki berusia 36 tahun itu, polis menemukan pelbagai bahan berunsur penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon milik suspek.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu memberikan alasan menyimpan bahan berkenaan untuk keseronokan sendiri. 

“Siasatan juga mendapati bahan seksual yang ditemukan dalam telefon bimbit terbabit tidak melibatkan kanak-kanak warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Dalang sindiket menyamar jadi ‘mangsa’
Next: Terima padah seludup 44,000 liter diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.