Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peniaga gerai, tepi jalan diberi kelonggaran
  • TEMPATAN

Peniaga gerai, tepi jalan diberi kelonggaran

Utusan Sarawak 3 months ago
BERI KETERANGAN… Dato Hilmy Othman semasa ditemui pemberita semasa majlis perasmian Bazar Ramadan Satok di Kuching, hari ini.

KUCHING: Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar Dato Hilmy Othman.

Beliau berkata bagaimanapun, peniaga perlu memastikan kebersihan terjaga dan tidak mengganggu lalu lintas selain mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan sekiranya diminta berpindah ke tempat yang sesuai.

“Sekiranya ada peniaga yang menyebabkan kesulitan lalu lintas di kawasan yang tidak dibenarkan, pihak DBKU akan memastikan mereka memberi kerjasama dan berpindah ke lokasi yang lebih sesuai,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bazar Ramadan Satok di Kuching, hari ini.

Beliau berkata kerjasama antara peniaga dan pihak berkuasa DBKU penting bagi mengekalkan suasana yang selesa serta teratur sepanjang Ramadan ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata peniaga diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan, mengamalkan pengendalian makanan yang baik, serta mendapatkan vaksinasi bagi memastikan keselamatan pelanggan.

“Selain itu, sisa makanan perlu diuruskan dengan baik dan orang ramai yang berkunjung diharap tidak menghalang lalu lintas. Ini penting bagi memastikan bazar ini berjaya dan benar-benar memanfaatkan warga kota,” katanya.

DBKU dalam kenyataan memaklumkan, Bazar Ramadan Satok yang dibuka mulai hari ini hingga 30 Mac nanti mempunyai 98 gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teruja cari rezeki di Bazar Ramadan Satok
Next: Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu perkasa inisiatif hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.