Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Peniaga disaran guna aplikasi mysejahtera
  • NASIONAL

Peniaga disaran guna aplikasi mysejahtera

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 7 Jun -- Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad mengimbas aplikasi MySejahtera untuk memasuki pasaraya medan selera RASA di pusat membeli belah Alamanda semasa program pemantauan penggunaan aplikasi MySejahtera hari ini. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu pengawasan ekoran penularan COVID-19. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad mengimbas aplikasi MySejahtera untuk memasuki pasaraya medan selera RASA di pusat membeli belah Alamanda semasa program
pemantauan penggunaan aplikasi MySejahtera semalam.• Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Para peniaga digalak  menggunakan aplikasi MySejahtera untuk merekodkan maklumat pengunjung di premis perniagaan masing-masing berbanding menggunakan aplikasi sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, penggunaan aplikasi MySejahtera membantu kerajaan mengawal penularan Covid-19 menerusi platform teknologi dan satu pangkalan data. 

“Jika berlaku insiden pelanggan yang didapati positif Covid-19, Kementerian Kesihatan  (KKM) boleh mengenal pasti pelanggan yang ada di premis sama pada waktu dan tarikh sama menerusi pangkalan data itu,” katanya kepada pemberita di pusat beli-belah Alamanda di sini semalam.

Hasnol Zam Zam ditemui selepas meninjau pemantauan penggunaan aplikasi MySejahtera dalam kalangan peniaga dan pengunjung di pusat beli-belah itu.

Jelasnya, hampir 75 peratus peniaga di Alamanda telah menggunakan  aplikasi MySejahtera selain penggunaannya dalam  kalangan pengunjung semakin meningkat. 

Peniaga yang belum menggunakan aplikasi MySejahtera dinasihatkan menggunakan aplikasi berkenaan bagi memudahkan pihak berkuasa selain memudahkan pengunjung daripada perlu menulis nama dan nombor telefon masing-masing.

“KPDNHEP akan jalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga menggunakan aplikasi MySejahtera,  walaupun ia masih belum diwajibkan,” katanya lagi.

Aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan kerajaan untuk mengawal wabak Covid-19 di Malaysia selain memudahkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. 

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim yang turut hadir pada majlis itu berkata, hanya satu tapak pembinaan beroperasi di Putrajaya pada masa ini dan pihaknya sudah memantau proses saringan Covid-19 yang dilakukan ke atas pekerja yang terlibat baru-baru ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: 39 terlibat parti liar dadah ditahan
Next: Rakyat pulang dari luar negara tidak perlu dikuarantin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.