Pengusaha kraftangan, makanan tradisional digesa ceburi perniagaan

Facebook
WhatsApp
YAKIN DIRI...Angeline Patsy Perry ketika menyampaikan ucapan aluan pada Program Perantisan Kepimpinan Wanita di Lawas.

LAWAS: Pengusaha produk kraftangan dan makanan tradisional masyarakat Orang Asal di Sarawak, khususnya di daerah ini, digesa yakin untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjadikan kemahiran serta kreativiti mereka sebagai sumber pendapatan keluarga.

Tokoh Perantis Program Perantisan Kepimpinan Wanita, Angeline Patsy Perry, berkata wanita Bumiputera, khususnya dari kawasan luar bandar, perlu berani mengambil langkah pertama untuk mengembangkan kemahiran mereka kepada produk yang mempunyai nilai komersial.

Katanya, mereka tidak perlu takut untuk bermula meskipun masih belum mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang perniagaan kerana kemahiran boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran dan bimbingan.

“Kita mempunyai idea untuk memulakan sesuatu dan mungkin ada juga yang masih belum tahu bagaimana hendak bermula. Tidak mengapa, itulah tujuan kita datang pada hari ini.

HARGAI SOKONGAN…Angeline Patsy Perry menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Dato Henry Sum Agong.

“Apa yang penting, kita berani untuk bermula dan mempunyai kemahuan untuk belajar. Kita perlu percaya bahawa kemahiran dan kreativiti yang kita miliki mempunyai nilai.

“Kemahiran boleh menjadi produk, produk boleh berkembang menjadi perniagaan dan perniagaan boleh menjadi sumber pendapatan yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Perantisan Kepimpinan Wanita anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan Sarawak Craft Council di sebuah hotel di sini, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

Angeline berkata kursus selama tiga hari itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan produk kraftangan, kepimpinan dan jaringan perniagaan, selain aspek perundingan serta kaedah mempersembahkan produk secara menarik.

Katanya, pendedahan berkenaan penting bagi membantu peserta membangunkan produk yang lebih berdaya saing dan mempunyai potensi untuk dipasarkan dengan lebih meluas.

Oleh Adeng Edrus

Jurutera pemacu pembangunan mampan Sarawak

KUCHING: Jurutera memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan Sarawak yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan keperluan ekonomi serta

Van penjaja terbakar, MBKS hulur bantuan

KUCHING: Sebuah van milik seorang penjaja dilaporkan terbakar kira-kira pukul 5.00 pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.