Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pengusaha hotel bajet perlu kreatif tarik pelancong
  • BISNES

Pengusaha hotel bajet perlu kreatif tarik pelancong

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA TINGGI: Pengusaha hotel bajet disaran berbincang dan mencari pendekatan ‘lebih kreatif’ dan terbaik untuk menarik semula minat pelancong untuk menginap di hotel mereka, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Saya cadangkan mereka mengadakan perbincangan supaya boleh tampil dengan resolusi untuk mereka memperbaiki situasi bagi meningkatkan kadar penghunian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata berdasarkan pertemuannya dengan penggiat industri di Langkawi baru-baru ini, mereka juga mengakui masih terkesan dengan penutupan perniagaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, Nancy menyertai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Besar Johor Datuk Ir. Hasni Mohammad melawat pembangunan Desaru Coast Destination Resort.

Sementara itu, Nancy berkata wujud peningkatan kepada trend pelancongan domestik.

“Dalam tempoh terutamanya lima minggu kebelakangan ini, kita dapat melihat peningkatan pada hujung minggu dan cuti sekolah. ‘Cuti-cuti Malaysia’ amat menggalakkan kerana kita nampak ramai yang pergi bercuti terutamanya di hotel-hotel berdekatan laut dan mempunyai tawaran menarik,” katanya.

Meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19, beliau berkata kesedaran mematuhi prosedur operasi standard adalah amat tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Jadi sebab itu kita masih dapat mengatakan Malaysia destinasi yang selamat untuk dilawati sebab kalau kita bandingkan dari segi peratusan, Malaysia masih  jauh ke bawah dari segi kes positif (Covid-19),” kata Nancy.

Sehubungan itu, beliau berharap pelancong domestik akan sentiasa mengamalkan SOP ketika melancong, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi setempat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas didagangkan dalam jajaran sempit
Next: Kerajaan bina CCPC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.