Pengusaha harum manis padang terap nikmati hasil enam kali ganda musim ini

Facebook
WhatsApp
PENGUSAHAAN harumanis, Zulkipli Hashim, 67, berkata cuaca panas di daerah Padang Terap sejak beberapa bulan lalu membolehkan tanamannya menikmati hasil yang memberangsangkan bagi musim kali ini. Beliau yang mengusahakan 300 pokok harumanis di Kampung Padang Nyior berkata hasil yang diperoleh musim ini adalah yang tertinggi sejak beliau memulakan tanaman itu pada 2018. Beliau berkata harumanis yang dihasilkan dijual pada harga antara RM20 hingga RM25 sekilogram serta turut ditawarkan melalui penghantaran kurier kepada pelanggan. Foto BERNAMA

PENGLIBATAN seorang pengusaha harum manis di daerah Padang Terap, Kuala Nerang di sini sejak lapan tahun lepas, membuahkan hasil apabila menikmati hasil tertinggi musim ini.

Zulkipli Hashim, 67, yang mengusahakan 300 pokok harum manis di Kampung Padang Nyior berkata cuaca panas yang melanda negeri ini sejak beberapa bulan lalu membantu menghasilkan buah yang lebih banyak dan berkualiti tinggi.

“Selalunya purata hasil adalah satu tan semusim, namun kali ini sejak tuaian pertama pada 2 April lalu, lebih satu tan buah telah dipetik untuk dipasarkan.

“Saya menjangkakan hampir 30,000 buah yang dihasilkan musim ini mampu mencecah lebih enam tan,” katanya ketika ditemui Bernama di ladangnya baru-baru ini.

Beliau berkata selain faktor cuaca, kesuburan tanah turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.

Bercerita tentang pembabitannya dalam tanaman tersebut, Zulkipli berkata beliau mendapatkan benih dari Perlis yang sinonim dengan pengeluaran harum manis.

Katanya, beliau turut mendapatkan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak bagi memastikan tanaman itu berjaya selepas ubi keledek, limau langkat dan getah yang diusahakan di ladang sama sebelum ini tidak berhasil.

“Saya dapati keadaan cuaca di Padang Terap tidak jauh berbeza dengan Perlis, sekali gus membantu pertumbuhan tanaman harum manis ini dengan baik,” katanya.

Beliau berkata harum manis itu dijual pada harga antara RM20 hingga RM25 sekilogram selain ditawarkan melalui penghantaran kurier kepada pelanggan.- Bernama

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,

Nikmat sihat, amanah yang perlu dijaga

PEMBERIAN kesihatan daripada Allah SWT kepada manusia dikategorikan sebagai nikmat yang paling besar. Ketika tubuh sihat, kita mampu melakukan pelbagai

Menala hati

KEHIDUPAN manusia boleh kita kaitkan sebagai persamaan dengan sebuah alat muzik. Setiap tindakan melahirkan kesan, setiap perkataan meninggalkan getaran dan

Menyemai ukhuwah, memperkukuh perpaduan

PERPADUAN merupakan satu sumber kekuatan dalam masyarakat. Malaysia dibina atas latar masyarakat yang berbeza dari sudut kaum, agama, bahasa dan