Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengunjung luar jadi pemangkin perkembangan ekonomi Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Pengunjung luar jadi pemangkin perkembangan ekonomi Limbang

Utusan Sarawak 5 hours ago
JIWA ISLAM… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan silat kepada pemenang dalam majlis tersebut.

LIMBANG: Penduduk Daerah Limbang digesa merebut peluang kehadiran pengunjung luar sebagai pemangkin untuk memajukan ekonomi tempatan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, menegaskan warga Limbang perlu bijak menarik pengunjung dengan mempamerkan keistimewaan daerah ini.

Langkah ini penting sebagai usaha memperkukuh ekonomi setempat, termasuk perusahaan kecil dan sederhana serta sektor ekonomi lain.

“Kita orang Limbang mesti bersedia dengan kehadiran pengunjung luar dan ambil peluang ini. Limbang juga mempunyai potensi dalam sektor minyak dan gas, namun tanpa itu sekalipun, Insya-Allah ekonomi Limbang akan terus berkembang.

“Kita perlu menjadi penggerak pembangunan, bukan penonton semata-mata,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Limbang di Pekarangan Masjid Baitul Iman, baru-baru ini.

Festival Kesenian Islam (FKI) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang (JTPIL) bertujuan menghidupkan semangat perpaduan serta memperkasa budaya Islam dalam kalangan masyarakat setempat.

Acara keagamaan ini diharap dapat mendidik minda dan hati masyarakat ke arah kebaikan, serta membuka ruang kepada mereka untuk mengamalkan nilai-nilai murni.

Pada masa sama, program ini merupakan platform tepat untuk memartabatkan kesenian Islam dan mendekatkan diri kepada Allah.

Hadir sama Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosley.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BEM Bintulu hulur bantuan kepada keluarga terjejas kebakaran di Kuala Tatau
Next: MBM hidupkan semula kempen ‘Tiada Plastik Sekali Guna’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.