Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pengukuhan ringgit beri manfaat kepada pekebun koko – KPK
  • BISNES

Pengukuhan ringgit beri manfaat kepada pekebun koko – KPK

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit mampu mengurangkan kos pengimportan input pertanian yang memberi manfaat kepada pekebun koko di Malaysia, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Katanya, situasi itu juga mengurangkan kos pengeluaran pekebun kecil selain meningkatkan margin keuntungan.

“Perubahan nilai mata wang ringgit tidak memberi kesan secara langsung kepada pendapatan pekebun kecil memandangkan pengeluaran koko digunakan untuk pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan kilang pemprosesan koko.

“Peningkatan dan penurunan harga koko di peringkat ladang di Malaysia bukan secara langsung dipengaruhi oleh perubahan mata wang ringgit tetapi faktor utama adalah desakan penawaran dan permintaan biji koko di pasaran global,” katanya menerusi jawapan lisan di laman sesawang Parlimen di sini.

Ia menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen berkenaan sejauh mana peningkatan nilai ringgit telah berhasil melonjakkan harga koko di pasaran dan memberi kesan positif kepada pendapatan pekebun tempatan.

Dalam pada itu, katanya pergerakan harga koko di Malaysia menunjukkan trend peningkatan pada masa ini, dengan kedudukan harga biji koko pada paras yang baik iaitu sekitar RM20.00-RM27.00 sekilogram.

Menurutnya, pekebun kecil koko di Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan harga koko tersebut.

“Contohnya, pada Oktober lepas, purata harga koko di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 41 peratus kepada RM19,992 satu tan metrik berbanding RM14,136 satu tan metrik pada Januari lepas,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 – IATA
Next: Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.