Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Dagangan saham Axiata Group Bhd akan digantung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman.

Dalam makluman kepada bursa hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan yang dibuat di bawah subperenggan 3.1(b)(i) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Saham Axiata naik satu sen untuk ditutup kepada RM2.37 semalam, dengan 5.68 juta saham diniagakan. – Bernama

BNM dijangka kekalkan kadar OPR

KUALA LUMPUR, 3 November: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus pada mesyuarat

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 2 November: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas,