Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penguang sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha esok
  • Utara
  • WILAYAH

Penguang sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha esok

Utusan Sarawak 1 day ago
LEMBU yang bakal dijadikan korban esok. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Sebanyak lima ekor lembu korban telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil sempena sambutan Aidiladha, tahun ini.

Lembu-lembu korban tersebut telah diagihkan kepada beberapa kampung di kawasan Marudi, iaitu Kampung Narum, Kampung Dagang, Kampung Pemindahan, Kampung Dato Zain Galau, dan Kampung Benawa. Agihan dilakukan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.

Ketua Kampung Narum, Hashim Tobi, merakamkan ucapan terima kasih kepada Penguang atas sumbangan tersebut.

Hashim Tobi menyatakan bahawa sumbangan ini bukan sahaja membolehkan ibadah korban dilaksanakan, malah turut memeriahkan sambutan Aidiladha dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Pemindahan, Man Galau, turut menyatakan penghargaan Penguang terhadap keprihatinan wakil rakyat tersebut.

Katanya, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

“Selain menzahirkan semangat gotong-royong, sumbangan ini juga memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk,” ujar Man Galau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komitmen kepada komuniti: Gobind umum RM20,000, Wilson tambah RM10,000
Next: Program Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Pintu di Tanjong Apong ditunda ke 11-12 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.