Program Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Pintu di Tanjong Apong ditunda ke 11-12 Jun ini

Facebook
WhatsApp
PROGRAM Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Pintu ditukar pada 11 hingga 12 Jun 2025 ini. Foto MPKS

KOTA SAMARAHAN: Tarikh Program Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Pintu yang sepatutnya berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2025 ini di Perpustakaan Desa Kampung Tanjung Apong telah ditunda ke tarikh baharu.

Menurut kenyataan pihak penganjur, program tersebut kini akan diadakan pada 11 hingga 12 Jun 2025, bermula dari 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Penukaran tarikh tersebut dibuat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Orang ramai yang ingin menjelaskan bayaran cukai pintu digalakkan hadir pada tarikh baharu yang telah ditetapkan.

Sila bawa kad pengenalan dan bil cukai pintu lama bagi tujuan semakan dan pengesahan maklumat cukai taksiran.

Oleh Norman B.