
TATAU: Seorang lelaki berusia 60 tahun diselamatkan oleh anggota bomba selepas dilaporkan pengsan ketika berada di kawasan Bukit Kana Resort National Park, Jalan Sangan, Ulu Anap, semalam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.32 tengah hari.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau mendapati mangsa yang sebelum itu pengsan, telah sedar dengan sendiri.
“Pasukan penyelamat kemudian mengiringi dan membantu membawa mangsa keluar ke kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Pejabat Daerah Tatau untuk tindakan lanjut.
Oleh Carolyne Utih