Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati
  • UMUM

Pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati

Utusan Sarawak 6 months ago

Tiong King Sing. 

SIBU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menggesa semua pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan ketika memandu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu menekankan kepentingan tersebut susulan kemalangan tragis semalam apabila seorang penunggang motosikal muda maut dilanggar kereta di Jalan Lada, di sini.

“Saya berharap pengguna jalan raya dapat menjadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk lebih mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan cermat, dan bekerjasama mengelakkan insiden memilukan seumpama itu daripada berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu turut mengulas kebiasaan pengguna jalan raya yang mengambil risiko dengan kerap memandu melawan arus di persimpangan tersebut. 

“Tindakan ini mewujudkan situasi bahaya, menjadikannya kawasan berisiko keselamatan jalan raya dan dikenali ramai sebagai ‘kawasan hita kemalangan.

“Demi keselamatan semua di jalan raya, saya menggesa semua pengguna jalan untuk mematuhi peraturan. 

“Jalan raya boleh menjadi berbahaya, dan hanya melalui kerjasama bersama kita dapat memastikan keselamatan semua pihak,” katanya. 

Dalam kemalangan itu, polis turut menahan pemandu wanita berusia 73 tahun.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Budaya bermukun perlu dipertahankan – Abang Johari 
Next: JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.