Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, John Tua meninggal dunia
  • Utara
  • WILAYAH

Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, John Tua meninggal dunia

Utusan Sarawak 4 months ago
PEMERGIAN SELAMANYA… Mendiang John Tua telah meninggal dunia di Hospital Miri dan akan dibawa balik ke Trusan, petang tadi.

LAWAS: Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, John Tua telah meninggal dunia di Hospital Miri, malam tadi.

Exco Saberkas Sarawak yang juga Setiausaha Saberkas Cawangan Ba’kelalan Steve Lius memaklumkan perkara ini kepada rakan-rakan Saberkas Cawangan Ba’kelalan dan Bukit Sari Lawas, hari ini.

Jenazah mendiang akan dibawa ke Lawas, lewat petang ini selepas mendapat kebenaran pihak Hospital Miri untuk dikebumikan di Lawas.

“Pagi tadi, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan beberapa rakan sempat melawat mendiang di Hospital Miri untuk memberi penghormatan terakhir.

“Petang ini kita akan berusaha membawa balik mayat mendiang untuk dikebumikan di Lawas selepas menerima penghormatan terakhir daripada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan kita di Lawas, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Steve, mendiang telah menerima rawatan di Hospital Miri sejak akhir tahun lalu dan telah kembali kepada penciptanya, malam tadi.

Isteri dan anak-anak beliau berada disisi sewaktu mendiang meninggal dunia dan selepas mendapat pengesahan doktor, keluarga mendiang telah berkongsi berita sedih kepada semua rakan mendiang malam dan hari ini.

Mendiang merupakan pesara kakitangan Pejabat Daerah Lawas yang bekerja di Merapok dan bergiat aktif dalam Saberkas sejak awal penubuhannya di Daerah Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Miri jejak waris Wong Tack Seng
Next: Program ‘Peji Ha Uma Bawang!’  himpunkan lebih 100 peserta termasuk  komuniti Uma Bawang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.