Pengendali makanan wajib suntik vaksin tifoid

Facebook
WhatsApp
KURANGKAN RISIKO… Salah seorang pengendali makanan menerima vaksin tifoid di Sibu, semalam.

SIBU: Seramai 100 pengusaha gerai serta pembantu yang mengendalikan makanan di Kafe MCC, Pusat Agape Sibu menerima suntikan vaksin tifoid dalam satu program khas yang diadakan semalam.

Program vaksinasi yang berlangsung dari 2.30 petang hingga 7 petang itu merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pengendali makanan.

Vaksin tifoid diwajibkan ke atas semua pengendali makanan dan minuman sebelum mereka mula bertugas atau mengendalikan makanan.

Ia bertujuan memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan terjamin, selain mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan makanan dalam kalangan masyarakat.

Suntikan ini perlu diambil setiap tiga tahun sekali selagi mereka terlibat dalam sektor pemakanan dan minuman.

OLEH TARANI LANTING

20 petugas SAR digerakkan ke Long Lellang

KUCHING: Sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi digerakkan ke Long Lellang pagi ini untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan nahas helikopter di kawasan