Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama syabu
  • JENAYAH

Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama syabu

Utusan Sarawak 1 hour ago
LELAKI tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas polis di Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

KABONG: Kelicikan seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Daerah Kabong akhirnya tumpas selepas dia ditahan dalam satu operasi khas oleh pihak berkuasa, semalam.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan bahawa tangkapan tersebut dilakukan oleh pasukan Petugas Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil daripada maklumat risikan yang diperolehi. 

Operasi yang dijalankan bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu memfokuskan kepada pembanterasan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

​Dalam kejadian itu, pasukan serbuan yang diketuai oleh Inspektor Henry telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun untuk pemeriksaan lanjut. 

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas beg silang yang dipakai oleh suspek membawa kepada penemuan tujuh paket plastik lutsinar yang berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 2.7 gram.

PENEMUAN tujuh paket plastik lutsinar yang berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 2.7 gram. Foto IPD Saratok

​Suspek yang beralamat di Kabong itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok bagi menjalani ujian saringan air kencing. 

Keputusan ujian tersebut menunjukkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. 

Semakan rekod jenayah juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2019.

​Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 atas kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan. 

DSP Mathew menegaskan akan terus mempertingkatkan operasi bagi memastikan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di Daerah Saratok dapat dibendung sepenuhnya.

Oleh Adi Safarman 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.