Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama 12 keratan straw berisi syabu
  • JENAYAH

Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama 12 keratan straw berisi syabu

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 28 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan polis di kawasan Kabong, hari ini. Foto IPD Saratok

KABONG: Pergerakan seorang lelaki tempatan yang disyaki aktif mengedar dadah di sekitar Daerah Kabong akhirnya tumpas selepas dia diberkas pihak polis dalam satu operasi khas, hari ini.​

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, serbuan tersebut dilakukan sekitar 10.00 pagi oleh sepasukan anggota daripada Pasukan Petugas Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil maklumat awam yang diterima.

“​Bertindak atas maklumat berkenaan, pasukan operasi yang diketuai oleh Inspektor Henry telah mengesan dan menjalankan pemeriksaan ke atas suspek yang berusia 28 tahun itu di kawasan Kabong.

“​Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas beg silang milik suspek, pihak polis berjaya menemukan 12 keratan straw yang mengandungi ketulan kristal putih, dipercayai dadah jenis syabu.

“Berat kasar keseluruhan dadah yang dijumpai dianggarkan berjumlah 2.34 gram,” katanya dalam satu kenyataan.

DSP Mathew berkata, ​kesemua barang kes telah dirampas, manakala suspek yang beralamat di Kabong itu ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut.

​Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“​Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 atas kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah miliki dadah, lelaki tiada rekod jenayah lampau ditahan di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.