Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penganjuran ’Good Design Week’ promosi Sarawak
  • SEMASA

Penganjuran ’Good Design Week’ promosi Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago
MENCUBA… Datuk Snowdan Lawan mencuba bermain permainan yang direka oleh pelajar tahun akhir Universiti Swinburne Kampus Sarawak sempena ’Good Design Week’.

KUCHING: Penganjuran acara ’Good Design Week’ adalah sejajar dengan visi kerajaan negeri dalam mempromosikan Sarawak sebagai hab global untuk pemeliharaan budaya, seni dan industri kreatif.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Datuk Snowdan Lawan berkata, reka bentuk memainkan peranan penting dalam penggabungan tradisi budaya dan kemodenan.

”Melalui inisiatif yang memupuk kerjasama antara bakat tempatan dan masyarakat antarabangsa, kami berusaha untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi yang mempamerkan keseimbangan kemodenan dan nilai tradisi.

”Program ’Good Design Week’ ini berfungsi sebagai contoh utama bagaimana kerjasama sedemikian boleh mencipta pengalaman transformatif.

”Acara ini meraikan kuasa reka bentuk untuk menangani cabaran global yang kompleks sambil mempamerkan bakat luar biasa dan kekayaan budaya yang terdapat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program itu di Universiti Swinburne Kampus Sarawak di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha Universiti Swinburne Kampus Sarawak dalam menganjurkan acara yang bukan sahaja meraikan reka bentuk tetapi juga memperkasakannya untuk memacu perubahan yang bermakna.

Pada majlis sama, Snowdan turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan Goethe-Institut Malaysia dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Swinburne Kampus Sarawak dan Sarawak Influencers Council.

Hadir sama, Timbalan Pro-Naib Canselor Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Ir. Profesor Sim Kwan Yong, Pengarah Goethe-Institute Malaysia, Anna Veigel, Pengerusi Bersama Good Design Week, Gregory Wee.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu pengagihan gas: Abang Johari serah kepada PM umum formula penyelesaian
Next: Sarawak kini antara negeri paling progresif – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.