Isu pengagihan gas: Abang Johari serah kepada PM umum formula penyelesaian

Facebook
WhatsApp
Abang Johari ketika tiba untuk Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) Ke-4, di Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perincian formula berkaitan penyelesaian isu pengagihan gas akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan kelak.

“Saya minta PM (Perdana Menteri) yang mengumumkan (perincian formula penyelesaian itu). Tunggu sahajalah,” katanya yang merujuk kepada isu pengagihan gas yang melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) Ke-4, di sini, hari ini.

Semalam, menerusi satu wawancara dengan sebuah stesen television tempatan, Abang Johari dilaporkan berkata isu pengagihan gas itu sudah boleh dianggap selesai sementara menanti pengumuman sebenar yang akan dibuat Anwar.

Beliau berkata isu pengagihan gas itu hanya melibatkan sudut perundangan yang mana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang dirujuk Petronas dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 yang dikuatkuasakan oleh Sarawak dapat wujud bersama-sama.

— BERNAMA

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem