Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak – Abang Johari 
  • SEMASA

Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak – Abang Johari 

Utusan Sarawak 7 months ago

Abang Johari ketika berucap. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri ini di seluruh Asia Tenggara.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menjangkakan negeri ini bakal mempunyai syarikat penerbangan sendiri menjelang temasya sukan dwitahunan itu, sekali gus memberi peluang negara-negara ASEAN mengenali Sarawak dengan lebih dekat.

“Pada saya, ini (tuan rumah bersama Sukan SEA 2027) adalah satu lagi bentuk pelaburan, kerana seperti yang kita tahu ia melibatkan beberapa negara dan kami mahu berkongsi pembangunan kami melangkaui sempadan Sarawak malah juga di luar Malaysia,”  katanya.

Berucap pada Malam Apresiasi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, di sini malam tadi, Abang Johari turut menggesa rakyat Sarawak melihat Sukan SEA 2027 sebagai platform untuk mempamerkan keupayaan mereka dalam menganjurkan acara besar.

“Biarlah mereka (negara jiran Asia Tenggara) melihat apa yang kita boleh capai. Apabila diberikan tugas, kami akan laksanakannya dengan profesionalisme dan kejayaan – itu moto kami,”  katanya.

Pada upacara penutup SUKMA 2024 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Beliau berkata ia susulan penganjuran luar biasa Sarawak bagi acara temasya sukan dwitahunan kebangsaan itu yang disifatkannya sebagai antara yang terbaik dalam sejarah.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak letak penanda aras baharu penganjuran SUKMA
Next: STA kecam Human Rights Watch, NGO 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.