Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
  • NASIONAL

Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGANGGUR Pang Kar Foong (dua, kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, di sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat dua minggu lalu. Tertuduh, 49, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus, bagaimana tiada pengakuan direkodkan. • Foto BERNAMA

IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya,di sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat dua minggu lalu.

Tertuduh, Pang Kar Foong, 49, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus, bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan,lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Pang Ket Tai, 75, menggunakan botol dan serpihan botol kicap di dalam sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat di sini pada kira-kira 6.30 petang, 12 September lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee, manakala, tertuduh diwakili Peguam R. Rajasegaran.

Mahkamah menetapkan,9 November depan untuk sebutan semula kes,bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Sementara itu, Rajasegaran ketika ditemui memaklumkan anak guamnya yang tidak bekerja itu, perlu mendapatkan rawatan susulan sakit mental di Hospital Tanjung Rambutan.– Bernama

Continue Reading

Previous: 13 anjing, ‘peneman’ tiga beradik
Next: Jenazah Tan Sri Wan Mokhtar selamat dikebumikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.