Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan tangguh 15 jam, juruterbang hilang pasport
  • GLOBAL

Penerbangan tangguh 15 jam, juruterbang hilang pasport

Utusan Sarawak 2 months ago

SEOUL: Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam hari ini selepas juruterbangnya kehilangan pasport, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai industri.

Penerbangan OZ708 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina pada 1.35 pagi waktu tempatan, tetapi juruterbang tidak dapat meneruskan prosedur imigresen selepas pasportnya hilang.

Walaupun pencarian menyeluruh dilakukan di dalam pesawat dan kawasan sekitar, pasport itu gagal ditemukan. Oleh itu, Asiana Airlines mengutuskan juruterbang pengganti dari Korea Selatan, menyebabkan masa pelepasan ditangguhkan selama 15 jam 20 minit.

Syarikat penerbangan itu menyediakan penginapan untuk 135 penumpang di hotel berhampiran dan mengatur pengangkutan dari lapangan terbang.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang kami,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bangkok isytihar darurat berikutan gempa bumi kuat
Next: Gempa bumi: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.