Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penemuan bom dekat landasan jejas operasi Lapangan Terbang Labuan
  • NASIONAL

Penemuan bom dekat landasan jejas operasi Lapangan Terbang Labuan

Utusan Sarawak 5 hours ago
Lapangan Terbang Labuan

LABUAN: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Labuan terganggu susulan penutupan sementara landasan selepas penemuan beberapa bom pada jarak sekitar 150 meter dari landasan berkenaan.

Menurut Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang dimuat naik menerusi Facebook Malaysia Airports, penutupan sementara landasan itu dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5.00 petang ini dan berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.

TUDM bersama pihak berkuasa lapangan terbang kini menjalankan pemeriksaan bersama di kawasan landasan yang hanya akan dibuka semula selepas pemeriksaan selesai serta pengesahan keselamatan dikeluarkan.

Susulan penutupan itu, penerbangan dari Labuan ke Miri dan Kota Kinabalu dibatalkan, manakala beberapa penerbangan lain yang dijadual tiba dan berlepas terpaksa dilencongkan, ditangguhkan atau mengalami perubahan operasi.

Penumpang yang dijadual melakukan perjalanan ke dan dari Labuan dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan terkini serta urusan perjalanan masing-masing dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang.

Maklumat lanjut berhubung perkembangan situasi itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tinjauan Bernama di Lapangan Terbang Labuan mendapati beberapa penerbangan bermula pukul 4.05 petang, 5.15 petang, 6.05 petang, 6.15 petang dan 7.25 malam ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu serta Miri terjejas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ahli akademik Universiti Malaya rakyat Malaysia pertama dilantik teraju Prince Claus Chair
Next: Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos – JPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.