Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk zahirkan penghargaan
  • TEMPATAN

Penduduk zahirkan penghargaan

Utusan Sarawak 5 years ago
Datuk Peter Minos.

SHEILA ZAIDI

KOTA SAMARAHAN: Penduduk di Taman Desa Ilmu dan Taman Uni Garden menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas pelaksanaan Operasi Bersepadu Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di kawasan kediaman mereka.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata, penduduk di kedua-dua taman berkenaan sangat menghargai usaha Kerajaan Sarawak dalam mengekang penularan wabak Covid-19 khususnya di Kota Samarahan.

“Beberapa penduduk telah menghubungi saya dan menyatakan penghargaan mereka atas inisiatif ini .

“Setakat ini, tiada rungutan diterima sebaliknya mereka telah memberikan maklum balas yang sangat baik,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurut Peter, operasi bersepadu ACD yang dijalankan ini bukan bertujuan untuk menimbulkan panik dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut.

Tetapi sebaliknya, ia dilakukan untuk memastikan penyebaran wabak Covid-19 tidak berlaku secara drastik seterusnya menumbang kepada peningkatan kes positif di negeri ini, jelasnya.

Operasi bersepadu ACD ini telah bermula pada Selasa lalu melibatkan 50 pasukan yang terdiri dari 20 agensi kerajaan yang menjalankan saringan dari rumah ke rumah.

Semasa operasi saringan dijalankan, para petugas akan bertanya soalan tentang sejarah pergerakan penduduk dan sekiranya mereka mempunyai kontak kes positif selain mempunyai gejala awal Covid-19.

Sekiranya perlu, mereka akan diarahkan untuk membuat ujian di pusat saringan khas yang disediakan di Masjid Desa Ilmu (secara pandu lalu) dan tapak pasar malam Uni Garden.

Mereka dibenarkan untuk datang menggunakan kenderaan sendiri dan bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, kemudahan pengangkutan ada disediakan.

Continue Reading

Previous: Poliklinik Miri menerima 500 penutup mulut dan hidung
Next: Rumah dua tingkat musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.