Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk terima bantuan buah-buahan
  • TEMPATAN

Penduduk terima bantuan buah-buahan

Utusan Sarawak 5 years ago
HASIL TANI…(ketiga kiri) Bidat dan (empat kanan) Awang@Ibrahim bersama petugas barisan hadapan parti PBB DUN Bukit Sari memastikan hasil tani ini dimanfaat penduduk di kawasan sasaran sambil warga tani terus beroleh pendapatan.

ADENG IDRUS

LAWAS: Penduduk di perkampungan nelayan Awat-awat dan daerah kecil Sundar menerima sumbangan bantuan buah-buahan tempatan dan tanaman rempah untuk masakan.

Bantuan sumbangan daripada Jabatan Pertanian Bahagian Limbang yang diselaras oleh Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lawas telah dihantar oleh pasukan barisan hadapan Pusat Khidmat Parti PBB Cawangan Bukit Sari Lawas.

Pengurus Besar PPK Lawas, Bidat Kasi telah menyerahkan bantuan sumbangan tersebut kepada Setiausaha Parti PBB Cawangan Bukit Sari, Awang@Ibrahim Ahmad di Pejabat PPK Lawas.

Bantuan sumbangan tersebut adalah serai, lengkuas, ubi kayu, pisang, cempedak dan nanas.

Penghantaran barangan sumbangan Kerajaan Sarawak ini akan terus dilakukan oleh pasukan petugas barisan hadapan Pusat Khidmat Parti PBB DUN Bukit Sari.

Namun demikian, Awang@Ibrahim menjelaskan bahawa pihaknya terpaksa menghentikan sebarang bantuan penghantaran ini menjelang tarikh akhir umat Islam berpuasa.

Ini memberi ruang petugas dan Pusat Khidmat Parti PBB DUN Bukit Sari berhenti rehat.

Continue Reading

Previous: “Tidak kekok berniaga atas talian”
Next: Beri kerjasama kepada pasukan petugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.