SIMANGGANG: Penduduk serta nelayan di sini gempar apabila menemui bangkai seekor ikan paus di perairan Sungai Batang Lupar dekat Kampung Pulau Seduku, hari ini.
Seorang penduduk yang enggan namanya dikenali berkata dia menemui bangkai ikan paus itu pagi tadi ketika hendak turun menangkap ikan.
“Saya terkejut melihat mamalia itu kerana inilah kali pertama melihatnya secara dekat.
“Saya percaya mamalia tersebut tersesat sebelum dibawa arus semasa air pasang besar sebelum memasuki perairan Sungai Batang Lupar beberapa hari lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk tersebut mengesahkan telah menghubungi pihak berkuasa untuk mengmbil tindakan lanjut terhadap ikan paus tersebut.
Sementara itu, penemuan ikan paus tersebut adalah kali pertama ditemukan di sepanjang perairan Sungai Batang Lupar.
Oleh ADI SAFARMAN