Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Penduduk kampung bertindak pantas padam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Kembang Kabong
  • KEBAKARAN

Penduduk kampung bertindak pantas padam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Kembang Kabong

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEJADIAN kebakaran di kediaman berlaku di Kampung Tanjung Kembang, Kabong, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

KABONG: Tindakan pantas penduduk Kampung Tanjung Kembang di sini berjaya menyelamatkan rumah daripada musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 1.42 pagi.

​Susulan laporan itu, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bersama jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

​Perjalanan ke lokasi yang terletak sejauh 50 kilometer dari balai mengambil masa kira-kira 53 minit, di mana pasukan bomba tiba di kawasan kampung tersebut pada 2.35 pagi.

​Komander Operasi, Abdul Rahman Saibi melaporkan bahawa kebakaran tersebut dipercayai bermula daripada set kerusi yang diletakkan di bahagian luar rumah berkenaan.

KEJADIAN kebakaran di kediaman berlaku di Kampung Tanjung Kembang, Kabong, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

​Walau bagaimanapun, api tidak sempat marak lebih jauh selepas sekumpulan penduduk kampung bertindak proaktif memadamkan kebakaran dengan hanya menggunakan punca air paip sebelum pihak bomba tiba.

​Kesan daripada kebakaran tersebut, struktur dinding dan siling rumah dilaporkan mengalami kerosakan serta terjejas dengan anggaran kemusnahan sebanyak 30 peratus.

​Ketika kejadian berlaku, pemilik kediaman tersebut dilaporkan tiada di rumah, namun nasib baik menyebelahi mereka kerana tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

​Pihak bomba yang tiba di lokasi tidak perlu menjalankan operasi pemadaman, sebaliknya hanya melakukan pemantauan rapi bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

​Operasi yang turut dibantu oleh lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong itu ditamatkan sepenuhnya pada 3.00 pagi setelah keadaan disahkan benar-benar selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua rumah setingkat terbakar di Buntal Seafood Centre

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.