Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Penduduk digalakan fokus ternakan ikan dalam sangkar
  • BISNES

Penduduk digalakan fokus ternakan ikan dalam sangkar

Utusan Sarawak 5 years ago
BAGUS … Datuk Lee Kim Shin bersama para penerima bantuan input projek pertanian menunjukkan tanda bagus pada majlis penyerahan bantuan berkenaan di Pusat Latihan Petani (ILP) di Miri, semalam.

LIMBANG: Penduduk luar bandar digalakkan untuk memberi tumpuan kepada penternakan ikan dalam sangkar yang mempunyai nilai komersil baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, sektor perikanan iaitu penternakan ikan mampu menyumbang pendapatan dan ekonomi kepada penternaknya jika diusaha lebih serius dan berterusan.

Kerajaan turut menyediakan berbagai program dan peruntukan untuk menjayakan projek penternakan ikan di dalam sangkar bagi peserta luar bandar.

“Kerajaan sentiasa mengalakkan peserta yang dipilih dalam skim penternakan ikan mengusahakannya supaya ia boleh menambahkan pendapatan mereka,”katanya pada Majlis Perasmian AgriCOP di Dewan Medamit semalam.

Seterusnya beliau menjelaskan sektor penternakan ikan dan pertanian khususnya tanaman musang king akan diperluaskan.

Justeru, golongan petani khusus di konstituensi Batu Danau perlu memanfaatkan benih musang king yang diberikan kerajaan untuk menjaga dan meningkatkan hasil pengeluaran apabila matang nanti.

“Kita harap hasil pengeluaran tanaman ini juga boleh dihantar ke Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di Stesen Pertanian Kubong,” jelasnya.

Paulus turut menyerahkan cek bantuan nelayan darat berjumlah RM22,000 dan geran berjumlah RM220,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Sarawak kepada tiga gereja di Medamit.

Turut hadir, Pegawai Pertanian Pembangunan Limbang Jakaria Rambli, Temenggung Willie Liau dan Pemanca Jun Silah.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Koperasi terjejas ekoran Covid-19
Next: Insurans: LIAM sasar sejuta belia menerusi Kempen #BUKANEXTRA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.