Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penduduk diarah berpindah, api marak di selatan California, AS
  • GLOBAL

Penduduk diarah berpindah, api marak di selatan California, AS

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEBAKARAN “Summit” merebak hampir 1,092 hektar di California Selatan, memaksa penduduk di kawasan berhampiran berpindah. Foto AGENSI

LOS ANGELES: Kebakaran hutan di California Selatan, Amerika Syarikat melanda hampir 1,092 hektar (kira-kira 10.9 kilometer persegi) pada Sabtu, memaksa penduduk berpindah di tengah-tengah gelombang haba yang berbahaya, lapor Xinhua.

Kebakaran itu, yang digelar “Summit”, dilaporkan kira-kira 1.00 tengah hari Jumaat waktu tempatan di Llano, sebuah komuniti kecil berhampiran sempadan daerah Los Angeles dan San Bernardino. Api gagal dibendung pada pagi Sabtu, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.

Arahan dan amaran berpindah telah dikeluarkan untuk kawasan berhampiran. Pegawai berkata anggota bomba terus berjuang memadamkan kebakaran dari udara dan tanah.

Bentuk muka bumi yang curam dan tidak rata menyukarkan akses namun anggota tetap giat memadamkan kebakaran, dengan helikopter menyediakan sokongan udara.

Suhu di kawasan itu dilaporkan meningkat kepada hampir 100 darjah Fahrenheit (37.8 darjah Celsius) pada Jumaat, dan nasihat haba kekal berkuat kuasa untuk sebahagian besar California Selatan hingga pagi Selasa.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gelombang haba paksa Menara Eiffel, muzium di Paris tutup lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.