Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penduduk Beijing jalani ujian saringan
  • GLOBAL

Penduduk Beijing jalani ujian saringan

Utusan Sarawak 5 years ago
WARGA setempat patuh pada arahan petugas barisan hadapan yang menjalankan ujian pengesanan terhadap mereka. • Foto AFP

BEIJING: Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi Covid-19 dalam tempoh dua bulan.

Pasar Xinfadi di bahagian tenggara Beijing ditutup pada Sabtu dan 11 kawasan kejiranan ditutup selepas lebih 50 orang di ibu negara itu diuji positif jangkitan virus tersebut.

Pasar borong terbesar di Beijing itu ditutup berikutan pertambahan jangkitan tempatan.

Ini merupakan kes pertama yang disahkan dalam tempoh 50 hari di bandar yang berjumlah 20 juta penduduk itu.

Menurut pihak berkuasa, terdapat 57 kes yang disahkan dalam tempoh 24 jam.

Itu adalah jumlah harian tertinggi sejak pertengahan April, termasuk 36 kes baru di Beijing.

China melonggarkan sebahagian besar sekatan Covid-19 selepas mengisytiharkan berjaya memerangi penyakit itu pada Mac.-AFP

Continue Reading

Previous: Kubur di Sao Paulo digali semula
Next: Perancis buka semula ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.