Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan asas pemacu pembangunan berterusan di Lawas
  • PENDIDIKAN

Pendidikan asas pemacu pembangunan berterusan di Lawas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIMBOLIK… Dato Henry Sum Agong diiringi (dari kiri) Ustaz Assykurrahman dan Ustaz Sheikh Hadrei Adam menyambut dron kecil yang membawa pena untuk menandatangani plak perasmian.

LAWAS: Pembangunan yang dirancang perlu disusuli dengan usaha bersepadu dari peringkat akar umbi, terutamanya di sekolah rendah dan menengah.

Kejayaan membina kemajuan dari peringkat asas hingga ke tahap tertinggi mampu merancakkan pembangunan secara konsisten dan seimbang sepanjang masa.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menegaskan kepentingan pendidikan peringkat rendah dalam membentuk jati diri anak Sarawak yang bertanggungjawab.

PERIKSA KESIHATAN… Dato Henry Sum Agong diiring Steve Lius dan Raden Wello melakukan pemeriksaan tekanan darah di kaunter Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bermula dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah yang mana kita mempunyai empat sekolah menengah, itulah titik tolak untuk kita terus memajukan diri dan masyarakat kita.

“Melalui pendidikan yang holistik dan sempurna, segala usaha pembangunan untuk negeri kita, Sarawak, dapat diteruskan dengan cemerlang,” katanya ketika merasmikan Pesta PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas, hari ini.

KENANGAN… Dato Henry Sum Agong bersama jawatankuasa penganjur merakamkan gambar kenangan di hadapan bangunan sekolah.

Sebagai sokongan kepada program berkenaan beliau mengumumkan sumbangan geran kerajaan berjumlah RM20,000 untuk tabung PIBG SK Agama (MIS) Lawas.

Turut hadir, Guru Besar SK Agama (MIS) Lawas Radin Wello, Pegawai Agama Islam Daerah Lawas Ustaz Assykurahman Othman dan kenamaan tempatan lainnya.

Pesta berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembelian van sekolah dan tabung Persatuan Ibubapa dan Guru SK Agama (MIS) Lawas.

Pelbagai program bersama agensi kerajaan, swasta di samping reruai jualan yang terbuka kepada ibu bapa dan orang ramai.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Swinburne Sarawak lancar Pelan Induk Penyelidikan 2030
Next: Pena sumbang 49,200 buku pelbagai genre kepada KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.