Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendekatan baharu diperlukan tangani kekurangan murid sekolah luar bandar
  • TEMPATAN

Pendekatan baharu diperlukan tangani kekurangan murid sekolah luar bandar

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berucap di Majlis Merarau PIBG SK Nanga Maong. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien 

JULAU: Kekurangan murid di sekolah luar bandar memerlukan pendekatan baharu termasuk kerjasama komuniti dan sokongan pelbagai agensi bagi memastikan kelangsungan institusi pendidikan di kawasan pedalaman terus terpelihara.

Ahli Parlimen Julau yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata situasi tersebut semakin ketara apabila jumlah murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Maong kini hanya 19 orang berbanding 24 orang tahun lalu.

“Keadaan ini bukan sahaja berlaku di SK Nanga Maong, tetapi hampir melibatkan kebanyakan sekolah luar bandar lain.

“Penghijrahan penduduk luar bandar ke kawasan bandar untuk bekerja mungkin menjadi antara faktor yang menyumbang kepada penyusutan jumlah murid di sekolah luar bandar,” katanya.

Larry berkata demikian dalam satu hantaran di laman media sosial Facebooknya selepas merasmikan Majlis Merarau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nanga Maong, baru-baru ini.

DATUK Larry Sng Wei Shien menyerahkan sumbangan kepada SK Nanga Maong. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

Tambahnya, antara faktor lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan jumlah murid adalah kebanyakkan keluarga masa kini menghadkan jumlah bilangan anak.

“Sebagai contohnya, dahulu sebuah keluarga mempunyai sehingga lapan orang anak, kini kebanyakannya hanya seorang atau dua orang anak,” katanya.

Katanya, kekurangan murid bukan sahaja memberi kesan kepada sekolah.

“Jadi saya melihat ini akan menjadi masalah di sekolah kerana kekurangan murid.

“Sukar juga untuk kita mencari bantuan untuk membantu sekolah luar bandar jika bilangan murid semakin berkurangan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak sekolah dan komuniti setempat agar mencari pendekatan baharu bagi menjana dana termasuk menganjurkan program di kawasan bandar untuk menarik sokongan badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, sektor swasta dan individu.

Di majlis sama, Larry turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM18,000 kepada SK Nanga Maong sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan sekolah tersebut.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Had umur 16 tahun instrumen penting kurangkan eksploitasi media sosial golongan rentan
Next: Fadillah gesa dokumentasi sejarah Sarawak dipercepat, elak warisan hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.