Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pendatang asing tanpa izin curi enjin gergaji berantai dpenjara lima bulan
  • MAHKAMAH

Pendatang asing tanpa izin curi enjin gergaji berantai dpenjara lima bulan

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mencuri enjin gergaji berantai.

Majistret Romario Jonoi yang menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Gugun, 33, mengarahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh dia ditangkap, 7 November lepas.

Gugun berasal dari Kalimantan Barat, Indonesia, didakwa mencuri enjin gergaji berantai Stihl dari rumah pekerja ladang di Sungai Bidut pada 7 November 2024, lebih kurang 6.00 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga denda atau sebatan, jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu sedang berada di rumah apabila dihubungi oleh seorang pekerja yang memberitahu seorang lelaki warganegara Indonesia telah mencuri enjin gergaji berantai milik pengadu.

Pada masa sama, pengadu pergi ke Dermaga Kapit untuk menunggu lelaki terbabit yang dikenali sebagai tertuduh, sebelum berjaya menangkapnya bersama barang yang dicuri di hadapan sebuah mini mart, Jalan Wharf.

Tertuduh kemudian diserahkan pada pihak polis dan pada masa sama turut gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Siasatan yang dijalankan mendapati pada hari kejadian, tertuduh telah datang ke ladang di Sungai Bidut untuk mencari pekerjaan. 

Tertuduh bagaimanapun telah melarikan enjin gergaji berantai dan menyimpannya di dalam beg berwarna hitam, sebelum meninggalkan tempat tersebut.

Perbuatan tertuduh itu telah disedari oleh seorang pekerja ladang, yang kemudian menghubungi majikannya.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: ‘Rujuk selesai, tunggu 2 Disember ini untuk mohon cerai’
Next: Mahkamah perintah 172 jam tangan ‘Pride Collection’ dikembali kepada The Swatch GroupĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.