Pendapatan sektor pelaburan MARA naik 6.0 peratus

Facebook
WhatsApp
MENTERI Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad.

KUALA LUMPUR: Sektor pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaparkan prestasi cemerlang dengan merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 6.0 peratus pada 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam kenyataannya semalam berkata, MARA juga tidak hanya signifikan, tetapi turut mempunyai kepakaran dalam pelaburan bumiputera yang mampu bersaing dengan entiti perniagaan.

“Subsidiari MARA perlu terus meningkatkan kemampuan syarikat termasuk membayar dividen yang tinggi kepada pemegang saham, penglibatan aktif syarikat dalam tanggungjawab sosial (CSR) kepada kumpulan sasar serta berupaya meneroka peluang pasaran baharu luar daripada lingkungan agensi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata antara sumbangan besar MARA adalah menyediakan perkhidmatan awam kepada 1.26 juta penduduk luar bandar sejajar dengan usaha pemerkasaan sosioekonomi luar bandar.

Selain itu, Abd Latiff berkata MARA akan terus membantu memastikan syarikat bumiputera dapat terus berdaya saing dari sudut keusahawanan.

“MARA juga telah memberi beberapa inisiatif untuk usahawan seperti penangguhan pembayaran balik pembiayaan perniagaan selama tempoh enam bulan, sewaan premis percuma bagi April dan Mei serta pemberian diskaun khas premis sebanyak 30 peratus selama empat bulan.

“Program Khas Pengukuhan Keusahawanan MARA yang baru diperkenalkan merupakan usaha untuk memastikan perniagaan IKS Bumiputera mampu mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.- Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan

20 petugas SAR digerakkan ke Long Lellang

KUCHING: Sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi digerakkan ke Long Lellang pagi ini untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan nahas helikopter di kawasan