Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pencuri dalam rompakan emas Romania turut sasarkan helmet Dacia kedua
  • GLOBAL

Pencuri dalam rompakan emas Romania turut sasarkan helmet Dacia kedua

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENCURI yang melarikan artifak emas purba tidak ternilai daripada koleksi muzium negara Romania turut menyasarkan satu lagi pameran bernilai tinggi, iaitu helmet Dacia bernilai AS$3.7 juta, menurut penyiar Digi24 hari ini, memetik dokumen mahkamah.

CHISINAU, Moldova: Pencuri yang melarikan artifak emas purba tidak ternilai daripada koleksi muzium negara Romania turut menyasarkan satu lagi pameran bernilai tinggi, iaitu helmet Dacia bernilai AS$3.7 juta, menurut penyiar Digi24 hari ini, memetik dokumen mahkamah, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada 25 Januari, penyerang tidak dikenali meletupkan bahan letupan dan menyerbu Muzium Sejarah Drents di bandar Assen, Belanda.

Lokasi itu sedang mempamerkan lebih 600 barangan emas dan perak purba daripada 15 muzium Romania.

Pameran utama ialah sebuah helmet emas Dacia yang dikenali sebagai helmet Cotofenesti.

Muzium Romania berkenaan menuntut pampasan insurans sebanyak AS$6.7 juta bagi kerugian yang dialami.

Suspek melarikan helmet emas upacara Cotofenesti dan tiga gelang emas berat dalam tempoh kurang seminit, kemudian menyasarkan helmet Cucuteni-Baiceni, namun bekas simpanannya yang telah diperkuat dengan ciri keselamatan berjaya menahan serangan mereka, menurut laporan itu.

Pendakwa raya berjaya mendapatkan semula sebahagian barangan yang dicuri selepas perjanjian pengakuan bersalah dicapai dengan suspek: dua daripadanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lapan bulan kerana mendedahkan lokasi emas berkenaan, lapor penyiar itu.

Seorang lagi anggota kumpulan itu enggan bekerjasama atau menerima perjanjian pengakuan bersalah dan kini berdepan hukuman lebih berat, menurut Digi24.

Helmet emas Cotofenesti seberat hampir satu kilogram (abad ke-5 sebelum Masihi) merupakan antara simbol paling terkenal warisan purba Romania dan Moldova.

Budaya Cucuteni-Baiceni, yang juga dikenali sebagai budaya Trypillia, terkenal dengan artifak canggihnya sejak ribuan tahun lalu.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kamera AI diperkenal di Hanoi untuk pantau keselamatan makanan di lokasi kritikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.