Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penculikan ganas di barat Sydney, 5 ditahan
  • GLOBAL

Penculikan ganas di barat Sydney, 5 ditahan

Utusan Sarawak 10 hours ago
LIMA Suspek diberkas, mangsa culik ditemui selamat selepas diserang dan dipaksa masuk kenderaan di barat Sydney. Foto AGENSI

SYDNEY: Lima lelaki ditahan berhubung dakwaan penculikan ganas pada lewat malam seorang lelaki di barat Sydney, lapor Xinhua.

Mangsa dikatakan mempunyai kaitan dengan jenayah terancang.

Menurut polis, pada Selasa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah diserang dan dipaksa masuk ke dalam kenderaan di luar sebuah rumah di Guilford, 20 kilometer (km) barat Sydney, kira-kira pukul 11:30 malam waktu tempatan pada Isnin.

Kenderaan itu ditemui sebahagiannya terbakar dan mangsa ditemui polis di sebuah rumah di barat daya Sydney pada 12:30 tengah malam sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.

Lima lelaki yang dikatakan melarikan diri daripada kawasan itu telah ditangkap berhampiran dan dibawa ke balai polis.

Media tempatan melaporkan pada Selasa, mangsa mempunyai kaitan dengan rangkaian jenayah terancang dan penculikan itu dilakukan oleh rangkaian saingan.

Lelaki yang sama menjadi sasaran percubaan pembunuhan yang gagal pada Jun 2025, menurut Australian Broadcasting Corporation.

Pasukan petugas polis yang ditubuhkan pada Mei 2025 untuk menyiasat dan menyekat insiden ganas dikaitkan dengan konflik jenayah terancang yang semakin meningkat, sedang mengetuai siasatan penculikan itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tiga anggota SDF maut dalam letupan semasa latihan di barat daya Jepun
Next: Thailand keluar amaran cuaca panas, suhu dijangka cecah 43 darjah Celsius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.