Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pencapaian meningkat, 160 pelajar Batu Kawa terima pengiktirafan SPM
  • PENDIDIKAN

Pencapaian meningkat, 160 pelajar Batu Kawa terima pengiktirafan SPM

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) bersama para pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan SPM di Batu Kawa.

KUCHING: Seramai 160 pelajar dari kawasan Batu Kawa yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini menerima anugerah dan sijil penghargaan dalam satu majlis khas.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, jumlah penerima menunjukkan peningkatan ketara berbanding 117 pelajar pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan pertambahan berterusan pelajar cemerlang dari kawasan tersebut dalam peperiksaan kebangsaan.

“Kesemua penerima memperoleh sekurang-kurangnya lima A dan terdiri daripada pelajar sekolah seperti SMK Batu Kawa dan SMK Jalan Arang serta merupakan penduduk di kawasan Batu Kawa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan guru atas dedikasi mereka dalam membimbing pelajar, sambil menegaskan bahawa sumbangan tersebut memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak sedang menuju ke arah perubahan besar menjelang 2030.

“Kita melihat ke arah 2030 apabila Sarawak akan menjadi sangat berbeza berbanding 2025. Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 bukan sekadar mencapai sasaran dengan cepat, tetapi lebih penting memastikan hasil yang mampan,” ujarnya pada majlis yang diadakan di Jalan Stapok.

Beliau turut memaklumkan bahawa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah memperuntukkan sebahagian besar hasil tahunan negeri kepada sektor pendidikan bagi memacu pembangunan bakat sebagai tonggak utama masa depan Sarawak.

Selain itu, beliau menggalakkan generasi muda supaya berfikiran matang dan bijak dalam menilai maklumat, khususnya dalam menangkis penyebaran maklumat tidak benar, di samping menyumbang kepada kemajuan negeri.

“Ke mana sahaja anda pergi pada masa hadapan, ingatlah bahawa Sarawak adalah tanah air anda dan teruskan menyumbang kepada pembangunannya,” pesannya.

Kerajaan Sarawak, katanya, akan terus menyokong pelajar melalui pelbagai insentif dan inisiatif kebajikan termasuk penyediaan pendidikan tinggi percuma di lima universiti milik negeri.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Gagal sumbang PIBG: Sekolah tidak dibenar tahan sijil, dokumen rasmi murid – JPNS
Next: 384 graduan dirai pada majlis penyampaian Sijil Program Pemasaran Digital Strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.