Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penantian 30,000 penduduk berakhir
  • TEMPATAN

Penantian 30,000 penduduk berakhir

Utusan Sarawak 5 years ago
SUDAH BEROPERASI… BBP Selangau memulakan operasinya Rabu lalu.

SIBU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau secara rasminya telah memulakan operasinya semalam (1 Julai 2020), sekali gus menamatkan penantian hampir 30,000 penduduk di daerah tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, dengan beroperasinya BBP Selangau akan dapat membantu penduduk di daerah tersebut jika berlaku sebarang kes kecemasan.

“BBP Selangau juga dapat mempercepatkan lagi masa tindak balas ‘Respon Time’ JBPM untuk sampai ke lokasi kecemasan,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita semalam.

Menurutnya, sebelum ini pasukannya terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk ‘respon time’ dari BBP Sungai Merah jika berlaku kes kecemasan di Selangau.

“Dengan adanya balai bomba baharu ini, ia tentunya memberi banyak kelegaan kepada penduduk setempat,” ujarnya.

Tambahnya, adalah menjadi kebanggaan JBPM untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, pantas dan cekap kepada orang awam terutamanya penduduk di daerah tersebut.

Sebelum ini, daerah Selangau terpaksa bergantung kepada bomba dari Sibu yang terletak 120 kilometer dan Mukah (100 kilometer) jika berlaku sebarang kejadian kecemasan, khususnya kebakaran.

BBP Selangau yang dikategorikan dalam Kelas C juga akan meningkatkan keberkesanan peranan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi tidak terduga.

Kini, jika berlakunya kes-kes kecemasan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan Daerah Selangau boleh menghubungi BBP Selangau di talian 084-891300 (untuk operasi), 084-891301 (pentadbiran) dan 084-891302 (pentadbiran).

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: SADA giatkan usaha pembangunan Sri Aman
Next: Abang Jo terima kunjungan hormat Alexander Linggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.