BRUNO Fernandes menjaringkan penalti dalam waktu tambahan ketika Manchester United mengalahkan FC Copenhagen 1-0 semalam di peringkat suku akhir Liga Europa, berubah menjadi kejohanan kalah mati lapan pasukan di Jerman kerana wabak Covid-19.
Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol ketujuh terbaiknya dalam pertandingan ini ketika United membuat pertembungan separuh akhir menentang Sevilla atau Wolves, meneyrtai Inter Milan dalam penentuan empat pasukan terakhir berikutan kemenangan 2-1 pasukan dari Itali itu ke atas Bayer Leverkusen di Dusseldorf.
“Kali ketiga musim ini kami ke separuh akhir, setiap pertandingan yang kami lalui. Gembira kami layak, kami memang patut menang malam ini,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer kepada BT Sport.
“Penjaga gawang mereka hebat, sukar dipercayai. Beberapa percubaan kami terkena tiang, ada beberapa keputusan VAR tidak memihak kami kami. Ia mungkin salah satu malam di mana anda fikri ia akan berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Mereka menyukarkan kami. “
Semua perlawanan bermula peringkat suku akhir dan seterusnya dalam Liga Europa musim ini dimainkan tanpa kehadiran penonton dengan satu perlawanan di empat gelanggang – Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen – dalam format yang unik berikutan gangguan selama lima bulan.
Solskjaer memanggil semula Fernandes, Paul Pogba, Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial .
Namun, United akhirnya memastikan kempen 2019-20 mereka akan dilanjutkan hingga tahun kedua, setelah memulakan musim 365 hari yang lalu dengan kemenangan 4-0 dalam Liga Perdana Inggeris ke atas Chelsea.
Menunggu mereka pada hari Isnin depan adalah Sevilla – yang telah memenangi Liga Europa yang sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA, dengan rekod lima kali – atau saingan domestik Wolves. – AFP