Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pemulihan ekonomi, bekalan minyak global ambil masa walau perjanjian damai AS-Iran dicapai
  • BISNES

Pemulihan ekonomi, bekalan minyak global ambil masa walau perjanjian damai AS-Iran dicapai

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

PUTRAJAYA: Pemulihan bekalan minyak global dijangka mengambil masa meskipun Amerika Syarikat (AS) dan Iran berjaya mencapai perjanjian damai susulan gangguan terhadap laluan perdagangan strategik serta kerosakan infrastruktur akibat konflik.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata krisis geopolitik global ketika ini memberi kesan ketara kepada ekonomi negara terutama melibatkan bekalan minyak, justeru sebarang perkembangan positif ke arah perdamaian amat dinantikan.

Beliau berkata bagaimanapun kesan perjanjian damai itu kepada pasaran minyak dan ekonomi dunia tidak akan berlaku serta-merta kerana proses pemulihan memerlukan masa.

“Sekiranya benar perjanjian damai itu boleh dicapai, kesannya itu mungkin akan mengambil masa kerana proses memulihkan keadaan dari segi laluan di Selat Hormuz (dan) kerosakan kepada infrastruktur yang terkesan ketika peperangan. Jadi itu mengambil masa untuk dipulihkan sepenuhnya,” katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Ekonomi, di sini hari ini.

Akmal Nasrullah berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan AS dan Iran yang telah bersetuju untuk mencapai perjanjian damai.

Beliau berkata Selat Hormuz merupakan laluan penting perdagangan minyak global dan sebarang gangguan di kawasan itu memberi implikasi kepada kos tenaga serta tekanan inflasi di banyak negara termasuk Malaysia.

Katanya, Kementerian Ekonomi akan terus memantau perkembangan semasa dan mengekalkan langkah mitigasi bagi meredakan tekanan ekonomi termasuk menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Di peringkat Kementerian Ekonomi, kita masih mengekalkan komitmen untuk terus melihat peranan yang boleh diambil bagi meredakan tekanan yang berlaku sehingga keadaan benar-benar memberi gambaran lebih jelas mengenai penamatan krisis ini,” katanya.

Presiden AS Donald Trump mengumumkan pada Ahad, perjanjian dengan Iran telah dimuktamadkan dan berkata beliau kini memberi kuasa untuk pembukaan semula Selat Hormuz dan penarikan sekatan tentera laut AS. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga minyak menjunam, saham Asia meningkat susulan perjanjian AS–Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.