Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemuda PRS gesa Putrajaya segera lulus 17 kerusi baharu DUN Sarawak, semak agihan kerusi Parlimen
  • SEMASA

Pemuda PRS gesa Putrajaya segera lulus 17 kerusi baharu DUN Sarawak, semak agihan kerusi Parlimen

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Christopher Gira Sambang.

SIBU: Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan kelulusan cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan oleh DUN Sarawak tahun lalu, selain memulakan semakan terhadap agihan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Ketua Pemuda PRS, Christopher Gira Sambang berkata, kelewatan meluluskan cadangan tersebut sukar difahami kerana ia dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan semakan kawasan pilihan raya secara berkala.

Menurutnya, selepas lapan tahun, semakan itu perlu dilaksanakan bagi mengambil kira keluasan Sarawak, pertambahan penduduk dan keperluan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau turut berkata, semakan jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak tidak boleh terus ditangguhkan kerana selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965, agihan kerusi Parlimen sepatutnya disemak semula bagi mencerminkan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Disebabkan perkara itu tidak dilaksanakan, hak Sabah dan Sarawak terus tertangguh sekian lama.

“Pelaksanaan MA63 tidak boleh lagi dilengah-lengahkan dan hak-hak yang termaktub dalam MA63 serta Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan komitmen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gira berkata, Pemuda PRS menyokong Malaysia sebagai sebuah Persekutuan, namun pada masa sama berpegang kepada prinsip ‘MA63 Didahulukan’ kerana menunaikan hak Sabah dan Sarawak bukan bertujuan melemahkan Persekutuan, sebaliknya memperkukuh perpaduan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli Parlimen supaya menyegerakan kelulusan penambahan 17 kerusi baharu DUN Sarawak serta memulakan semakan menyeluruh terhadap agihan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat MA63.

“Menghormati MA63 bermakna menghormati asas pembentukan Malaysia. Malaysia akan menjadi lebih kukuh apabila hak Sabah dan Sarawak dipenuhi sepenuhnya,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak akur kerusi DUN kekal 82 jika proses tambah 17 kerusi tidak sempat untuk PRN
Next: SPRM: Kes penyamaran pegawai meningkat, orang ramai perlu berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.