SIMANGGANG: Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat cawangan dan ranting diminta menjelaskan kepada ahli akar umbi semua program bantuan baharu seperti diumumkan Premier Sarawak dalam Belanjawan Negeri 2025.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata banyak program yang dirangka adalah untuk memberi manfaat kepada setiap rakyat Sarawak yang menetap di negeri ini.
“Saya ingin menasihatkan semua akar umbi ini untuk memastikan semua ahli mereka mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang program ini untuk membolehkan mereka mendapat manfaat.
“Adalah penting ahli bukan sahaja sedar tetapi mengenali mereka dengan baik. Mereka adalah untuk semua orang dan tiada siapa yang harus ditinggalkan. Falsafah di sebalik (bajet) ialah sentiasa ada makanan di atas meja untuk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan PBB Cawangan Bukit Begunan dan Engkilili di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Uggah berkata sebagai contoh, di bawah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sejumlah RM450 juta telah diperuntukkan.
Program ini katanya, adalah untuk golongan berpendapatan rendah.
“Ia menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800 setiap tahun kepada semua rakyat Sarawak dan yang menetap di negeri ini. Ia dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 850,000 individu,” katanya.
Uggah berkata program ini akan melengkapi bantuan kewangan persekutuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau menambah terdapat yang lain seperti Bantuan Pasca Natal di mana RM14 juta telah diperuntukkan.
“Kemudian RM55 juta untuk pelbagai bantuan kebajikan termasuk bantuan am, bantuan bencana dan bantuan perubatan,” tambahnya.
Beliau berkata rakyat perlu dimaklumkan bahawa sejumlah RM15 juta telah diperuntukkan sebagai bantuan khairat kematian bagi meringankan beban kewangan keluarga pemegang Kad Emas Kenyalang yang meninggal dunia.
“Terdapat juga program Faedah Kesihatan Warga Emas dengan peruntukan RM50 juta. Ini adalah antara bantuan yang lebih relevan.
“Ada yang lain seperti wang saku untuk pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi,” jelasnya.
Justeru katanya, semua ketua cawangan dan cawangan kecil, perlu mengadakan seminar atau ceramah untuk menghebahkan semua ini dan di mana atau siapa yang perlu didekati oleh rakyat untuk membuat permohonan.
Sementara itu, kedua-dua cawangan dalam resolusi mereka telah mencadangkan agar Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Absng Johari Tun Openg yang juga Presiden PBB mengekalkan jawatan tanpa bertanding pada konvensyen parti, Februari tahun depan.
Cawangan Engkilili di bawah Pengerusinya, Senator Susan Chemerai Anding yang akan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu untuk mengambil alih sesi 2024/2027. Cawangan Bukit Begunan diketuai oleh Kaunselor Anthony Abell Chendan.
Oleh ADI SAFARMAN