Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemilik syarikat rugi RM59,500 jadi mangsa ‘phone scam’ di Lawas
  • JENAYAH

Pemilik syarikat rugi RM59,500 jadi mangsa ‘phone scam’ di Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Seorang pemilik syarikat mengalami kerugian sebanyak RM59,500 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket ‘phone scam’ iaitu penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata mangsa mendakwa telah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pihak sekolah untuk membekalkan meja kantin di sekolah di Lawas.

“Mangsa telah diarahkan untuk membuat bayaran kepada pembekal terlebih dahulu dan pihak sekolah kononnya akan membuat bayaran semula kepada mangsa.

“Mangsa kemudiannya menyedari ditipu apabila tiada pembayaran diterima. Semakan yang dibuat dengan pihak sekolah mendapati tiada sebarang transaksi dan tiada bekalan melibatkan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 68 warga asing ditahan, bekerja tanpa permit sah di Kuching
Next: Empat individu ditahan kes dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.