Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pemilik syarikat didakwa atas 22 pertuduhan
  • NASIONAL

Pemilik syarikat didakwa atas 22 pertuduhan

Utusan Sarawak 5 years ago
KEADAAN kereta dinaiki dua beranak iya itu Mohd Faizal Ismail, 38, dan ibunya, Fatimah Mat Hussain, 72, yang rosak teruk selepas dihempap besi ‘winch’ dari kren yang belum dikenal pasti. • Foto BERNAMA

KUANTAN: Seorang tenaga pengajar sekolah memandu maut manakala ibunya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap besi ‘winch’ yang dipercayai jatuh dari sebuah kenderaan berat di Kilometer 91 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, di Maran dekat sini, malam Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, pada kemalangan 9.45 malam itu, mangsa yang maut ialah Mohd Faizal Ismail, 38, berasal dari Felda Jengka 6, Maran yang memandu kereta Produa Axia.

Kemalangan juga menyebabkan ibunya, Fatimah Mat Hussain, 72, parah di kepala dan patah pergelangan tangan kiri.

“Besi itu dipercayai telah menghempap atas kereta mangsa menyebabkan kenderaan itu remuk teruk di bahagian bumbung dan bonet kereta selain cermin hadapan pecah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala,” katanya semasa dihubungi di sini semalam.

Kamarulzaman berkata, buat masa ini pihaknya masih belum mengenal pasti kenderaan berat yang membawa muatan besi itu dan meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh kira-kira 107 kilometer dari sini, untuk bedah siasat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nelayan maut terkena tembakan
Next: Malaysia perlukan penguasaan teknologi tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.