Pemilik harta diingat bayar cukai taksiran sebelum Jumaat ini

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MESYUARAT….Ting ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS hari ini. Turut kelihatan ialah Izkandar (kiri).

SIBU: Semua pemilik pegangan yang dikenakan cukai taksiran di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Sibu (MPS) diingatkan supaya melunaskan pembayaran bagi Setengah Tahun Kedua 2025 (Julai–Disember 2025) sebelum atau pada Jumaat ini.

Pengerusi MPS, Clarence Ting, berkata pemilik yang gagal membuat pembayaran akan dikenakan denda/surcaj pada kadar 1 peratus sebulan atau sebahagian daripadanya, selaras Seksyen 74(1), Bahagian VII, Local Authorities Ordinance 1996.

“Pembayaran boleh dibuat di semua UTC Sarawak, Mesin Kiosk Servis Sarawak, atau secara atas talian melalui JomPay dan SarawakPay,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS hari ini.

Waktu dan tempat untuk membuat pembayaran bil cukai taksiran adalah Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 7.00 malam) dan Sabtu-Ahad (8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Orang ramai juga digalakkan mendaftar untuk e-billing, di mana bil cukai taksiran dihantar melalui emel sejak 2023. Pembayaran boleh dipermudah dengan mengimbas QR kod yang disediakan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley serta semua ahli majlis (MPS).

Oleh Akun Giman