Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pembukaan prasekolah, tadika tidak ditangguhkan
  • NASIONAL

Pembukaan prasekolah, tadika tidak ditangguhkan

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Dr Mah Hang Soon (dua, kiri) semasa mengadakan lawatan kerja bagi meninjau persiapan sempena pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam mulai hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di sini semalam.• Foto BERNAMA

IPOH: Pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dijadual bermula 1 Julai ini tidak akan ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata, ini kerana keputusan membuka semula adalah disebabkan permintaan daripada ibu bapa bekerja yang memerlukan anak mereka dihantar semula ke prasekolah atau tadika.

“(Pembukaan semula prasekolah) perlu diteruskan … jika ada prasekolah yang mempunyai masalah nanti kita cuba selesaikan. Persiapan telah kita buat dan ambil maklum bila ada keperluan, dan telah diberi kelulusan, perlu diteruskan,” katanya.

Dr Mah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bagi meninjau persiapan sempena pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam mulai esok di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di sini yang turut disertai Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali semalam.

Selasa lepas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta agar kerajaan menangguhkan pembukaan prasekolah dan tadika yang dijadual bermula 1 Julai ini.

Presiden NUTP Aminudin Awang berkata, pihaknya mendapati kebanyakan prasekolah dan tadika belum bersedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu Dr Mah berkata, berdasarkan hasil lawatan pihak Kementerian Pendidikan ke beberapa sekolah menengah mendapati segala persiapan berjalan lancar dan sempurna sebelum sesi persekolahan bermula hari ini.

“Kita akan teruskan lawatan ke sekolah yang lain untuk memastikan kesemua sekolah telah bersiap siaga untuk pembukaan semula sekolah dan setakat ini didapati kesemuanya bersiap sedia,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki mengaku tidak bersalah hina Agong
Next: Pegawai JPJ terima rasuah dipenjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.