Pembolot vaksin tidak bermoral, tidak bertanggungjawab

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Negara-negara maju yang membolot vaksin seperti yang dinyatakan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Masing

berkata, tindakan ini ibarat yang berkuasa cuba menindas yang lemah sambil menegaskan bahawa virus Covid-19 datangnya dari Negara China.

“Oleh sebab itu, China dan negara-negara maju yang lain mesti sudi berkongsi kepakaran dan sumber mereka untuk membantu negara-negara yang kurang maju untuk menangani penularan pandemik ini.

“Jika tidak, maka persepsi bahawa negara-negara maju ini cuba membinasa negara-negara yang kurang berupaya dan mendominasi dunia ini,” kata Masing.

Beliau berkata, warga Malaysia harus setia dan menyokong kerajaan di dalam usaha mereka untuk menangani pandemik ini.

Oleh CONNIE CHIENG

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

Pemilihan Kata yang Menjadi dalam Sajak

APABILA memperkatakan sajak, fokus utamanya tentu sahaja tentang pemilihan kata. Walaupun tema menjadi asas pemikiran sesebuah sajak dilahirkan, pemilihan kata